Wednesday, July 14, 2010

Langkawi oh langkawi (Chapter 1)...

Alhamdulillah selamat sudah semua pmp(eh tak semua) ke Pulau Langkawi, di saat semua kawan2 berjuang di bilik kuliah, kami yang seramai 60 orang pmp termasuk beberapa jpk dan pegawai2 yang terlibat dengan minggu pendaftaran pelajar baru selamat sampai ke Pulau Langkawi... Perjalanan yang mengambil masa yang lama walaupun memenatkan tapi alhamdulillah berbaloi apabila kami tiba di sana..Terima kasih diucapkan pada pihak penganjur yang mengadakan...Namun di sebalik kemeriahan di sana, masih ada beberapa perkara yang dirasakan patut di elakkan, muhasabah diriku dan muhasabah kembali pada semua sahabat2 , terutama waktu LDK berlansung, permainan jarak dekat yang diadakan sangat menguji kami terutama di bahagian mat yang faham..huhu...
Nak ketawa pun ada bila seorang sahabat berkata, "Enti, kita ni ada permainan jarak dekat je, jarak jauh takde." Mula-mula agak kabur dan tidak memahami apa yang disampaikan (lampi sikit) tapi bila faham diri tersenyum sendiri, oh pandai sahabat menukar ayat...
Dalam keadaan yang tak selesa dengan ikhtilat yang tak terjaga, kami cuba untuk buat n jauhkan apa yang termampu, alhamdulillah, nasib LDK hanya 2, kalau tak, tak tahulah...
(bersambung)

Tuesday, July 6, 2010

Eeeeeee marahnya...


Alhamdulillah..............Akhirnya habis juga minggu mesra siswa di kampus kami...Setelah melalui pelbagai ragam dan kerenah kawan2, pihak atasan, adik2 baru, ibu bapa n bermacam ragam manusia, saya dan rakan2 pmp yang lain dapat menjalani kehidupan seperti biasa sebagai warga kampus, bukanlah dikatakan sebelum ni kami bukan manusia biasa, namun aktiviti kami agak berlainan berbanding kawan2 yang lain...Pengalaman yang dikutip kali pertama agak berharga, walaupun dari sekecil-kecil isu hinggalah sebesar-besar isu yang timbul, dari yang boleh diselesaikan dengan akal fikiran hinggalah yang menyebabkan hukum dan dalil al-Quran...Orang kata tak kenal maka tak cinta, namun apabila terlebih kenal rasa menyampah pun ada juga...hahaha,mesti korang pelik kan bila saya buka cerita sebegini rupa,tapi itu antara luahan rasa yang hendak saya kongsikan bersama. Kata orang kita tak berhak benci dan tak suka pada sesiapa pun, tapi saya bukan benci kat sesiapa, cuma agak tersinggung dengan perangai dan sikap segelintirnya, tambah2 bila melibatkan hal agama, sampai keluarkan fatwa sebagai penguat hujahnya, walaupun tahu nak diikutkan masih ada perbahasan didalamnya. Orang kata bila nak buat sesuatu kena berfikir sebaik-baiknya dahulu, betullah tu, tapi bila saya lihat semula, saya tak tahulah apa yang difikirkannya, nak kata tak faham, antara orang yang bijak agama, nak kata orang bukan Islam, hebat juga ilmunya, tapi mungkin secara teorinya, tapi praktikal tak lepas kot, ops maaf, agak terlebih pulak berbicara, bukan apa bak kata orang perasaan geram ni susah nak kikis, tapi takpelah didoakan kepada sesiapa yang berkenaan harap2 berubahlah, mungkin dia tak sedar apa yang dilakukannya, atau mungkin untuk mencari sesuatu yang dirasakan sangat berharga hingga dia perlu melakukan perkara seperti ini, tapi ingat2lah, matlamat tak menghalalkan cara, jangan sampai untuk mendapatkan sesuatu kita hilang diri dan iman kita, pada yang faham alhamdulillah, pada yang tak faham innnalillah, asif ye, cerita saya hanya coretan kosong, sakadar melepaskan keluhan dihati, insyaAllah saya muhasabah diri sendiri...