Monday, August 23, 2010

Permata baru.....

Anak buah sulungku(aleya farisha)..adiknya...nantikan
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan kurniaan permata hati baru buat along dan abang iparku,bertarikh 23/8/2010,tepat jam 12.09am tadi,lahirlah seorang puteri dengan berat 3.25kg...Satu penantian yang agak lama, walaupun terlewat beberapa hari,alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah menyelamatkan alongku dan baby.....Ini pengalaman ke tiga aku bergelar makcik,pada tiga anak buah yang semuanya perempuan...Takpelah,mungkin akan lahir mujahid dari perkahwinan yang bakal berlansung tak berapa lama lagi...insyaAllah...Amin....Tahniah along n abang,dikurniakan puteri,nama dah ada kan,huhu,tahniah Aleya Farisha(anak buah kesayanganku)kerana dikurniakan adik,tahniah buat ayah n ibu,dikurniakan cucu yang ketiga,tahniah buat keluarga angah,b.lan,mirul n syira,kerana dikurniakan anak buah,tahniah pada datuk dan nenek,dikurniakan cicit ke3 sebelah ibu,n ke4 sebelah ayah,n tahniah pada seluruh keluarga kerana pertambahan ahli keluarga...Syukur alhamdulillah atas kurnia yang tak terhingga...

Alahai pak cik.....

Akhirnya setelah beberapa lama tertangguh,akhirnya aku dalam proses mengambil lesen kereta...Hahaha...Mungkin bagi orang lain apalah nak dihebohkan dengan lesen kereta, lantaklah,nak cerita jugak,coz,perasaan malu dengan adik2 yelah diorang lepas bawak ke sana ke sini,aku yang tak bawak2 hingga kini, nak bawak karang takde lesen, kereta orang pulak tu, lebih selamat ambil lesen dulu,sahabat2 doakan aku ambil sampai dapat lesen penuh,huhu...Tak sabar nak kerjakan kereta2 yang ada,jangan marah,cakap jer...

Tapi sebenarnya yang aku nak cerita kat sini bukanlah tentang aku ambil lesen tu,tapi kejadian yang berlaku waktu mula2 nak pergi dengar ceramah undang2 kat zapcity(syarikat aku ambil lesen sekarang)..Cerita nya bermula waktu kami nak ke sana,maklumlah, kami (aku n seorang adik) bukanlah ada pengangkutan ke sana,jadi terpaksalah gunakan pengangkutan yang syarikat tu sediakan,lagipun percuma,baik gunakan alang2 tu...

Nak cerita pasal pak cik driver yang jemput kitorang tulah,sebelum tu jangan marah ye pak cik,just nak cerita jer,luahkan perasaan,huhu,pagi tu kami disuruh tunggu di suatu tempat yang berdekatan dengan rumah kami,bagi memudahkan pengambilanlah, tempat tu tak perlulah nak cakap, segan pulak, kami tunggu dari jam 7.15 pg(waktu yang ditetapkan)sampailah jarum minit menunjukkan ke angka 6,pak cik ni taklah sampai2, tepat angka minit menunjukkan ke angka 7,pak cik tu telefon kami, terjadilah episod perang mulut antara kami,yelah tu, taklah bukan perang mulut,brainstorming(ayat best sikit), rupanya pak cik tu tunggu kat tempat lain,kami pulak kat tempat lain,apa lagi bisinglah,tajuk tempat dah sama tapi tempat yang berbeza,apa aku cakap ni,belasahlah labu..huhu...

Manalah kami tahu tempat tu,awal2 lagi kami dah tanya kat mana dekat akak yang angkat telefon tu, akak tu pun cakap tak tahu,jd kami gunakanlah instinct kami, last2 kan silap,pastu kena marah pulak,ehm,nasiblah dah biasa dimarah,tunggu lah sampai pak cik tu datang ke tempat kami,sampai2 jer,masuk je van, kena sembur lagi,dahlah dalam van tu ramai,huhu,takpelah,pak cik tu tanya, kami tahu tak tempat tu sebenarnya,kami jawablah tak tahu,pastu dia sebut dekat dengan asam pedas cleaport,ha kan senang cakap dari awal,tahulah kami, tiba2 pak cik bersuara, makan kau ingat n tahu, tempat tu kau tak tahu, aku yang tengah panas,jawablah, pak cik,tempat makan memanglah kitorang tahu, tapi tempat yang pak cik mintak tunggu ni,manalah kitorang penah pegi,pak cik2.Terus terdiam pak cik tu,mungkin dia biasa pagi kot,diakan cina,maaf pak cik.

Ok sampai kat syarikat zapcity,alhamdulillah, sampai akhirnya,mulalah sesi ceramah bermula,dari pagi sampai petang,masuk sesi petang pulak, jam dah menunjukkan ke angka 2.45pm,ehm hati ni tertanya2 bilalah encik ni nak habiskan slot,tak solat lagi ni, apalah salahnya berhenti sekejap menghargai waktu zuhur,tambah bulan2 puasa ni,bukan ada masa makan pun sampai tak boleh ambil sekejap untuk solat,ehm,ajak semua solat, last2 aku keluarlah sendiri,buat tak tahu, pegi solat waktu ceramah sedang berlangsung, sebab tahu ceramah akan habis pukul 3.30pm.Nanti takut pak cik driver tadi nak terus balik pulak,sampai rumah mesti area nak asar dah,takut tak sempat..Sedih gaklah aku tengok,yang keluar solatnya hanya beberapa orang jer, yang lain entahlah,aku harap diorang sempat zuhur,bukan apa,habis jer ceramah tengok masing2 terus nak balik, waktu tu area nak pukul 4 pm dah...mungkin rumah diorang dekat kot(harapnya)...

Keluar2 jer dari dewan ceramah,pak cik tadi dah tunggu kitorang nak ajak balik,ehm alhamdulillah,nasib solat td...sampailah perjalanan ke rumah, pak cik siap nak tunjukkan tempat tu lagi,last2 kitorang kata kami tukar tempat,tunggu kat tempat yang pak cik ambil waktu pagi tadi(public bank)..ingatkan ok dah,last2 bising lagi,kata pak cik,kau ni nak tunggu kat mana,tahu tak tempat kau nak tunggu tu bahaya,dahlah nak parking susah,ishk3,apa lagilah,tadi waktu kami tukar tempat akak tu kata ok jer,kami tunggu kat public bank tu,kami senyap jerlah dengar pak cik bising,malas nak bersuara dah,takpelah pak cik,kami menumpang,ishk3...last2 dah sampai rumah pak cik tu kata gini,nanti tunggu awal kat sn,nanti aku terus ambil,lambat tinggal...huhu,ye pak cik,terima kasih,jawab kami serentak,demikianlah cerita tentang pak cik...maafkan kami pak cik sebab susahkan pak cik...maaf sesangat...huhu

Ramadhan ya Ramadhan...

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan Allah tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur” (Al-Qur’an, Surah Al-Baqarah, ayat 185).


Wednesday, July 14, 2010

Langkawi oh langkawi (Chapter 1)...

Alhamdulillah selamat sudah semua pmp(eh tak semua) ke Pulau Langkawi, di saat semua kawan2 berjuang di bilik kuliah, kami yang seramai 60 orang pmp termasuk beberapa jpk dan pegawai2 yang terlibat dengan minggu pendaftaran pelajar baru selamat sampai ke Pulau Langkawi... Perjalanan yang mengambil masa yang lama walaupun memenatkan tapi alhamdulillah berbaloi apabila kami tiba di sana..Terima kasih diucapkan pada pihak penganjur yang mengadakan...Namun di sebalik kemeriahan di sana, masih ada beberapa perkara yang dirasakan patut di elakkan, muhasabah diriku dan muhasabah kembali pada semua sahabat2 , terutama waktu LDK berlansung, permainan jarak dekat yang diadakan sangat menguji kami terutama di bahagian mat yang faham..huhu...
Nak ketawa pun ada bila seorang sahabat berkata, "Enti, kita ni ada permainan jarak dekat je, jarak jauh takde." Mula-mula agak kabur dan tidak memahami apa yang disampaikan (lampi sikit) tapi bila faham diri tersenyum sendiri, oh pandai sahabat menukar ayat...
Dalam keadaan yang tak selesa dengan ikhtilat yang tak terjaga, kami cuba untuk buat n jauhkan apa yang termampu, alhamdulillah, nasib LDK hanya 2, kalau tak, tak tahulah...
(bersambung)

Tuesday, July 6, 2010

Eeeeeee marahnya...


Alhamdulillah..............Akhirnya habis juga minggu mesra siswa di kampus kami...Setelah melalui pelbagai ragam dan kerenah kawan2, pihak atasan, adik2 baru, ibu bapa n bermacam ragam manusia, saya dan rakan2 pmp yang lain dapat menjalani kehidupan seperti biasa sebagai warga kampus, bukanlah dikatakan sebelum ni kami bukan manusia biasa, namun aktiviti kami agak berlainan berbanding kawan2 yang lain...Pengalaman yang dikutip kali pertama agak berharga, walaupun dari sekecil-kecil isu hinggalah sebesar-besar isu yang timbul, dari yang boleh diselesaikan dengan akal fikiran hinggalah yang menyebabkan hukum dan dalil al-Quran...Orang kata tak kenal maka tak cinta, namun apabila terlebih kenal rasa menyampah pun ada juga...hahaha,mesti korang pelik kan bila saya buka cerita sebegini rupa,tapi itu antara luahan rasa yang hendak saya kongsikan bersama. Kata orang kita tak berhak benci dan tak suka pada sesiapa pun, tapi saya bukan benci kat sesiapa, cuma agak tersinggung dengan perangai dan sikap segelintirnya, tambah2 bila melibatkan hal agama, sampai keluarkan fatwa sebagai penguat hujahnya, walaupun tahu nak diikutkan masih ada perbahasan didalamnya. Orang kata bila nak buat sesuatu kena berfikir sebaik-baiknya dahulu, betullah tu, tapi bila saya lihat semula, saya tak tahulah apa yang difikirkannya, nak kata tak faham, antara orang yang bijak agama, nak kata orang bukan Islam, hebat juga ilmunya, tapi mungkin secara teorinya, tapi praktikal tak lepas kot, ops maaf, agak terlebih pulak berbicara, bukan apa bak kata orang perasaan geram ni susah nak kikis, tapi takpelah didoakan kepada sesiapa yang berkenaan harap2 berubahlah, mungkin dia tak sedar apa yang dilakukannya, atau mungkin untuk mencari sesuatu yang dirasakan sangat berharga hingga dia perlu melakukan perkara seperti ini, tapi ingat2lah, matlamat tak menghalalkan cara, jangan sampai untuk mendapatkan sesuatu kita hilang diri dan iman kita, pada yang faham alhamdulillah, pada yang tak faham innnalillah, asif ye, cerita saya hanya coretan kosong, sakadar melepaskan keluhan dihati, insyaAllah saya muhasabah diri sendiri...

Tuesday, June 29, 2010

Adik dah berpunya....

"Adik dah berpunya". Siapa adik tu...Huhuhu...Teringat pertanyaan seorang "kakak" kepadaku beberapa hari yang lalu, rasa rindu dan atas dasar ukhuwwah yang sedia terjalin ku panjangkan langkahku bertemu beliau sebelum kaki melangkah pulang ke Melaka beberapa hari yang lalu.Diri tersenyap seketika memikirkan jawapan apa yang mampu ku beri pada kakak. Lantas idea mengena kulahirkan, "dah kak", jawabku. "Kepunyaan siapa?" tanya kakak lagi, kepunyaan Allah, ibu bapa, kakak dan abang, adik2, sahabat2 dan sewaktu dengannya., jawabku. Lantas kakak mencubit lenganku tanda geram dengan loyar burukku. HuHU sian kakak, dikenakan. Kesian dengan pertanyaan kakak yang perlukan jawapan segera dariku, aku lantas menjawab belum kak, milik diri sendirilah. Takut pada bayangan diri kak, jadi takut juga dengan yang selebihnya, menerima dan diterima. Kakak terdiam memikirkan jawapanku, agak lama baru kakak memulakan bicara kembali, kata kakak, dik hidup kita ni sementara je, kita hak Allah, tapi kita kena rencanakan hidup kita dengan bantuanNya, InsyaAllah adik doalah minta padaNya, Allah akan beri yang terbaik jika adik buat yang terbaik, kita merancang Allah merancang, tapi perancangan Allah lebih baik.Walaupun agak kabur dengan persoalan dan jawapan yang akak berikan, namun aku tersenyum, makna disebalik apa yang kakak katakan, meresap dalam diriku,"jangan risau kak, saya redho dengan ketentuanNya, insyaAllah," kataku, moga Allah beri daku kekuatan untuk menempuhi segalanya.Terima kasih kakak.

Monday, June 21, 2010

Ayah...

Buat ayah tersayang...

Kakak sayang sangat kat ayah...tiada ungkapan yang dapat kakak ungkapkan selain ucapan terima kasih yang tak terhingga di atas segala pengorbanan ayah dalam mendidik dan membesarkan kakak...Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa ayah...

Buat teman2, hargailah ibu bapa kita, mereka tiada golok gantinya, sentiasalah mendoakan kesejahteraan mereka di dunia n akhirat.