Monday, August 23, 2010

Alahai pak cik.....

Akhirnya setelah beberapa lama tertangguh,akhirnya aku dalam proses mengambil lesen kereta...Hahaha...Mungkin bagi orang lain apalah nak dihebohkan dengan lesen kereta, lantaklah,nak cerita jugak,coz,perasaan malu dengan adik2 yelah diorang lepas bawak ke sana ke sini,aku yang tak bawak2 hingga kini, nak bawak karang takde lesen, kereta orang pulak tu, lebih selamat ambil lesen dulu,sahabat2 doakan aku ambil sampai dapat lesen penuh,huhu...Tak sabar nak kerjakan kereta2 yang ada,jangan marah,cakap jer...

Tapi sebenarnya yang aku nak cerita kat sini bukanlah tentang aku ambil lesen tu,tapi kejadian yang berlaku waktu mula2 nak pergi dengar ceramah undang2 kat zapcity(syarikat aku ambil lesen sekarang)..Cerita nya bermula waktu kami nak ke sana,maklumlah, kami (aku n seorang adik) bukanlah ada pengangkutan ke sana,jadi terpaksalah gunakan pengangkutan yang syarikat tu sediakan,lagipun percuma,baik gunakan alang2 tu...

Nak cerita pasal pak cik driver yang jemput kitorang tulah,sebelum tu jangan marah ye pak cik,just nak cerita jer,luahkan perasaan,huhu,pagi tu kami disuruh tunggu di suatu tempat yang berdekatan dengan rumah kami,bagi memudahkan pengambilanlah, tempat tu tak perlulah nak cakap, segan pulak, kami tunggu dari jam 7.15 pg(waktu yang ditetapkan)sampailah jarum minit menunjukkan ke angka 6,pak cik ni taklah sampai2, tepat angka minit menunjukkan ke angka 7,pak cik tu telefon kami, terjadilah episod perang mulut antara kami,yelah tu, taklah bukan perang mulut,brainstorming(ayat best sikit), rupanya pak cik tu tunggu kat tempat lain,kami pulak kat tempat lain,apa lagi bisinglah,tajuk tempat dah sama tapi tempat yang berbeza,apa aku cakap ni,belasahlah labu..huhu...

Manalah kami tahu tempat tu,awal2 lagi kami dah tanya kat mana dekat akak yang angkat telefon tu, akak tu pun cakap tak tahu,jd kami gunakanlah instinct kami, last2 kan silap,pastu kena marah pulak,ehm,nasiblah dah biasa dimarah,tunggu lah sampai pak cik tu datang ke tempat kami,sampai2 jer,masuk je van, kena sembur lagi,dahlah dalam van tu ramai,huhu,takpelah,pak cik tu tanya, kami tahu tak tempat tu sebenarnya,kami jawablah tak tahu,pastu dia sebut dekat dengan asam pedas cleaport,ha kan senang cakap dari awal,tahulah kami, tiba2 pak cik bersuara, makan kau ingat n tahu, tempat tu kau tak tahu, aku yang tengah panas,jawablah, pak cik,tempat makan memanglah kitorang tahu, tapi tempat yang pak cik mintak tunggu ni,manalah kitorang penah pegi,pak cik2.Terus terdiam pak cik tu,mungkin dia biasa pagi kot,diakan cina,maaf pak cik.

Ok sampai kat syarikat zapcity,alhamdulillah, sampai akhirnya,mulalah sesi ceramah bermula,dari pagi sampai petang,masuk sesi petang pulak, jam dah menunjukkan ke angka 2.45pm,ehm hati ni tertanya2 bilalah encik ni nak habiskan slot,tak solat lagi ni, apalah salahnya berhenti sekejap menghargai waktu zuhur,tambah bulan2 puasa ni,bukan ada masa makan pun sampai tak boleh ambil sekejap untuk solat,ehm,ajak semua solat, last2 aku keluarlah sendiri,buat tak tahu, pegi solat waktu ceramah sedang berlangsung, sebab tahu ceramah akan habis pukul 3.30pm.Nanti takut pak cik driver tadi nak terus balik pulak,sampai rumah mesti area nak asar dah,takut tak sempat..Sedih gaklah aku tengok,yang keluar solatnya hanya beberapa orang jer, yang lain entahlah,aku harap diorang sempat zuhur,bukan apa,habis jer ceramah tengok masing2 terus nak balik, waktu tu area nak pukul 4 pm dah...mungkin rumah diorang dekat kot(harapnya)...

Keluar2 jer dari dewan ceramah,pak cik tadi dah tunggu kitorang nak ajak balik,ehm alhamdulillah,nasib solat td...sampailah perjalanan ke rumah, pak cik siap nak tunjukkan tempat tu lagi,last2 kitorang kata kami tukar tempat,tunggu kat tempat yang pak cik ambil waktu pagi tadi(public bank)..ingatkan ok dah,last2 bising lagi,kata pak cik,kau ni nak tunggu kat mana,tahu tak tempat kau nak tunggu tu bahaya,dahlah nak parking susah,ishk3,apa lagilah,tadi waktu kami tukar tempat akak tu kata ok jer,kami tunggu kat public bank tu,kami senyap jerlah dengar pak cik bising,malas nak bersuara dah,takpelah pak cik,kami menumpang,ishk3...last2 dah sampai rumah pak cik tu kata gini,nanti tunggu awal kat sn,nanti aku terus ambil,lambat tinggal...huhu,ye pak cik,terima kasih,jawab kami serentak,demikianlah cerita tentang pak cik...maafkan kami pak cik sebab susahkan pak cik...maaf sesangat...huhu

No comments:

Post a Comment